Kaunter Bank Beri Wang Kertas Pelik


Seorang pemuda terkejut apabila mendapati wang kertas RM50 yang diterimanya ketika membuat pengeluaran dari kaunter sebuah bank di Seri Kembangan, tidak lengkap..

Bagaimanapun, Nor Azam Ngadono, 25 dari Felda Pasoh Tiga di sini, hanya menyedari keadaan itu semasa minum di sebuah kedai makan di Bandar Seri Jempol..

Menurutnya, dia mengeluarkan wang itu Jumaat lalu kira-kira jam 1 petang di Seri Kembangan sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank lain menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal..

"Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan menyimpannya di dalam dompet..

“Saya hanya menyedari wang kertas ini berbeza ketika mahu membayar minuman ketika keluar minum bersama bapa dan rakan di Bandar Seri Jempol..

“Selepas meneliti wang terbabit, saya dapati hanya tertera angka lima dan tanpa ciri keselamatan,” katanya.

Katanya, hasratnya untuk menggunakan wang itu terpaksa dibatalkan kerana takut dituduh menggunakan duit palsu..

Dalam pada itu, Nor Azam berharap pihak bank memandang serius perkara ini kerana ia menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang berurusan jika menggunakan duit berkenaan..

Sinar Harian difahamkan Nor Azam bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat..

Sumber: http://www.viralmedia.com.my/

Related Posts:

1 Response to "Kaunter Bank Beri Wang Kertas Pelik"

  1. ayam bangkok aduan Live terbesar di indonesia hanya di AGEN BOLAVITA
    Bandar Tebak Nomor Online Terpercaya Di Indonesia
    Tersedia Pasaran Paling Terkenal >> Singapore - Kuala Lumpur - Hongkong << Dengan Diskon Terbesar Di indonesia
    Segera Bergabung Bersama kami Sekarang Juga !

    BBM : B O L A V I T A
    WA : 0 8 1 2 2 2 2 2 9 9 5

    BalasHapus