Rahsia Gincu Bibir Tahan Lebih Lama !!!


Pasti ramai wanita di luar sana mengalami masalah untuk mengekalkan ketahanan gincu di bibir, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk mengoles gincu bibir setiap kali ianya pudar.

Wanita dan gincu tidak dapat dipisahkan kerana penggunaan gincu pasti memberikan wajah tampak segar dan menarik, apatah lagi jika gincu bibir berona merah.

Namun, gincu mudah comot dan cepat pudar jika anda gunakan dengan cara yang salah.

Jom cuba cara mudah ini yang di petik daripada majalah Eh!, agar gincu bibir anda kekal lebih lama sepanjang hari.

Skrub bibir
Buang kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub yang khas untuk bibir sahaja. Ini akan membuatkan gincu melekat dengan lebih mudah dan tidak mengelupas kekeringan...

Pelembap bibir
Sapukan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa cukup lembap dan tidak kering. Kesat lebihan pelembap agar bibir tidak terlalu berminyak kerana ia boleh menyebabkan rona gincu susah melekat dan meleleh...

Penggaris bibir
Gunakan penggaris bibir dengan rona seakan sama gincu yang ingin kita gunakan pada bahagian luar permukaan bibir. Untuk lebih kekal lama, oleskan juga penggaris bibir di bahagian dalam di atas permukaan bibir sebagai lapisan paling bawah. Elakkannya jika anda mengalami kulit kering...

Gincu
Untuk kekal lebih lama, oles lembut gincu dengan menggunakan berus kecil yang dibuat khas untuk bibir. Elakkan dari mengoles gincu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan gincu mudah comot...

Bedak halus
Terakhir sekali adalah sapukan sedikit bedak halus dengan berus lembut pada bibir. Ianya sebagai lapisan penutup pada gincu agar rona gincu kekal lama sepanjang hari...

Gunakan penyedut minuman
Elakkan dari meminum air terus dari gelas kerana ia boleh mencomotkan gincu di bibir. Gunakan penyedut minuman agar gincu tidak hilang terkena air...

Sumber: http://www.tupai.com.my/

Related Posts:

1 Response to "Rahsia Gincu Bibir Tahan Lebih Lama !!!"

  1. ayam bangkok aduan Live terbesar di indonesia hanya di AGEN BOLAVITA
    Bandar Tebak Nomor Online Terpercaya Di Indonesia
    Tersedia Pasaran Paling Terkenal >> Singapore - Kuala Lumpur - Hongkong << Dengan Diskon Terbesar Di indonesia
    Segera Bergabung Bersama kami Sekarang Juga !

    BBM : B O L A V I T A
    WA : 0 8 1 2 2 2 2 2 9 9 5

    BalasHapus